| Bil. | Jenis Potongan Individu | Amaun (RM) |
| 1 | Individu dan saudara tanggungan | 9,000 |
| 2 | Perbelanjaan rawatan perubatan,keperluan khas dan penjaga ibu bapa ( Keadaan kesihatan disahkan oleh pengamal perubatan) | 5,000 (Terhad) |
| ATAU | ||
| Ibu dan Bapa | ATAU | |
| Terhad 1,500 bagi hanya seorang ibu | 3000 (Terhad) | |
| Terhad 1,500 bagi hanya seorang bapa | ||
| 3 | Peralatan Sokongan Asas (untuk individu kurang upaya, suami/isteri, anak atau ibubapa yang kurang upaya) | 6,000 (Terhad) |
| 4 | Individu Kurang Upaya | 6,000 |
| 5 | Yuran Pendidikan (Sendiri) : | 7,000 (Terhad) |
| (i) Peringkat selain Sarjana dan Doktor Falsafah - bidang undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, teknikal, vokasional, industri, saintifik atau teknologi; | ||
| (ii) Peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah - sebarang bidang atau kursus pengajian | ||
| 6 | Perbelanjaan perubatan penyakit yang sukar diubati (individu atau suami/isteri atau anak-anak) | 6,000 (Terhad) |
| 7 | Pemeriksaan perubatan penuh (Diri sendiri, suami / isteri atau anak) | 500 (Terhad) |
| 8 | Gaya Hidup : | 2,500 |
| (i) Pembelian buku, jurnal, majalah, suratkhabar bercetak dan penerbitan (selain bahan bacaan terlarang) untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak; | (Terhad) | |
| (ii) Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak; | ||
| (iii) Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 (tidak terpakai bagi jenis basikal bermotor) dan bayaran keahlian gimnasium untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak; dan | ||
| (iv) Bayaran langganan internet | ||
| 9 | Pembelian peralatan penyusuan | 1,000 (Terhad) |
| 10 | Yuran penghantaran anak ke Pusat Asuhan Kanak-Kanak atau Pra-sekolah | 1,000 (Terhad) |
| 11 | Tabungan bersih dalam skim SSPN (Jumlah simpanan dalam tahun 2017 TOLAK jumlah pengeluaran dalam tahun 2017) | 6,000 (Terhad) |
| 12 | Faedah pembelian rumah. Potongan cukai terhad kepada RM10,000 setiap tahun asas bagi 3 tahun taksiran berturut-turut bermula dari tarikh faedah mula dibayar. | 10,000 |
| Syarat kelayakan: | (Terhad) | |
| (i) pemastautin warganegara Malaysia; | ||
| (ii) pembelian rumah kediaman terhad kepada satu unit sahaja; | ||
| (iii) perjanjian jual beli ditandatangani dalam tempoh 10 Mac 2009 sehingga 31 Disember 2010; dan | ||
| (iv) rumah kediaman tersebut tidak disewakan. | ||
| Di mana: | ||
| (a) 2 atau lebih individu layak menuntut potongan bagi sebuah rumah kediaman; dan | ||
| (b) jumlah faedah yang dibelanjakan oleh kesemua individu berkenaan melebihi amaun yang dibenarkan dalam tahun itu. Setiap individu dibenarkan suatu potongan bagi setiap tahun mengikut formula berikut: | ||
| A x B | ||
| C | ||
| Di mana; | ||
| A = jumlah faedah dibenarkan dalam tahun berkenaan; | ||
| B = jumlah faedah dibelanjakan oleh individu berkenaan dalam tahun berkenaan; | ||
| C = jumlah faedah dibelanjakan oleh kesemua individu | ||
| 13 | Suami/Isteri/Bayaran alimoni kepada bekas isteri | 4,000 (Terhad) |
| 14 | Suami/Isteri kurang upaya | 3,500 |
| 15 | Anak di bawah umur 18 tahun | 2,000 |
| 16 | Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas dan menerima pendidikan sepenuh masa (peringkat A-Level, sijil, matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah) | 2,000 |
| 17 | Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas tertakluk kepada syarat-syarat berikut: | |
| (i) mengikuti kursus di peringkat diploma dan ke atas di institusi pengajian tinggi dalam Malaysia (tidak termasuk kursus matrikulasi/pra-ijazah). | 8,000 | |
| (ii) mengikuti kursus di peringkat ijazah dan ke atas di institusi pengajian tinggi luar Malaysia. | ||
| (iii) kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan. | ||
| 18 | Anak Kurang upaya | 6,000 |
| Pelepasan tambahan sebanyak RM8,000 bagi anak kurang upaya berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan. | ||
| 19 | Insuran nyawa dan KWSP TERMASUK tidak melalui potongan gaji | 6,000 (Terhad) |
| 20 | Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertunda (Deferred Annuity) - berkuatkuasa mulai Tahun Taksiran 2012 hingga tahun taksiran 2021. | 3,000 (Terhad) |
| 21 | Insurans pendidikan dan perubatan TERMASUK tidak melalui potongan gaji | 3,000 (Terhad) |
| 22 | Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) | 250 (Terhad) |
Thursday, December 14, 2017
Pelepasan Cukai Individu Pemastautin Bagi Tahun 2017
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment