Sunday, July 3, 2011

Saya.....

Saya hanya manusia biasa yang terkadang mengeluh dengan kehidupan sendiri. Betul,kadang kala saya mengeluh dengan nasib saya sendiri, mengeluh dengan kekurangan yang ada.

Saya membandingkan diri dengan si polan A kerana punya raut wajah yang cantik, potongan badan yang langsing, kulit yang mulus. Terasa diri sangat kerdil.

Saya membandingkan diri dengan si polan B kerana punya rumah yang besar, lengkap segalanya. Memandu kereta mewah ke sana ke mari.

Saya bandingkan diri dengan si polan C kerana tidak perlu bekerja. Duduk rumah jaga anak tapi masih boleh hidup bermewah2 kerana mungkin suami bergaji besar yang mampu menanggung anak yang berderet walaupun 10 orang atau mungkin mempunyai ibu bapa yang kaya yang mampu menanggung anak yang tidak bekerja.

Saya bandingkan diri dengan si polan D kerana gaji bulanan tidak terusik setiap bulan. Tidak ada hutang yang perlu dilangsaikan.

Saya bandingkan diri dengan si polan E kerana mempunyai suami yang sangat romantik macam Seth Tan dalam Nora Elena.

Tapi akhirnya...

Saya sedar dan bersyukur kepada Allah swt kerana saya bukanlah cacat ataupun hodoh. Walaupun badan saya berisi tapi saya tidak sakit...Alhamdulillah.

Saya bersyukur walaupun rumah saya kecil, saya ada tempat untuk berlindung. Kami sekeluarga tidak merempat. Saya boleh ke sana ke mari tidak perlu berhujan berpanas

Saya bersyukur kerana saya boleh berdikari dan saya bangga kerana saya tidak mengharapkan bantuan orang lain untuk hidup. Saya tidak meminta minta pada suami dan yang paling penting saya tidak menyusahkan suami. Saya masih mampu berbelanja dan membawa anak-anak berlibur dihujung minggu.

Saya berbangga kerana pada usia yang muda, saya sudah mempunyai rumah sendiri dan kereta sendiri walaupun masih berhutang dengan bank.

Saya berbangga dan bersyukur kerana walaupun suami saya bukanlah seorang suami yang romantik dan kaya raya tapi suami saya mampu menjaga saya dalam pantang. Suami saya bangun di awal pagi berkejar- kejar menyediakan air mandi dan memandikan saya, memasakkan makanan pantang setiap hari, memandikan dan menyiapkan Adam dan Airis, menyediakan batu tungku, mengemas rumah, membasuh baju dan segala tugasan yang tidak mampu saya lakukan selama 44 hari. Suami saya tempat saya meluahkan perasaan, tempat saya mengadu nasib setiap malam. Walaupun ada ketika saya sukar mengawal kemarahan, suami masih sabar menjaga saya. Saya terpikir,mampukah seorang suami yang romantik, berduit menjaga isteri selama 44 hari berpantang? Melakukan segala kerja dirumah sepertimana suami saya lakukan setiap hari selama 44 hari?

Saya sedar setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan. Oleh itu, saya sematkan dalam diri saya, jika saya merasakan ada kekurangan pada diri saya masih ada insan lain diluar sana yang sama nasibnya atau mungkin lebih teruk dari saya.

Bersyukurlah pada apa yang ada....

- Posted using BlogPress from my iPad

10 comments:

  1. heheheh suka suka suka. sentiasalah kita bersyukur dgn apa yang kita ada.

    p/s: suami macam seth tak syok sbb takleh lawan godaan yvonne, pastu i rimas u kalau laki mcm seth.

    ReplyDelete
  2. bai, touching betul ayat ko ni...terasa betul kat qalbu aku...

    -wani-

    ReplyDelete
  3. saya bersyukur.. walaupun saya masih takde ipad... :)

    ReplyDelete
  4. Suka entry nih. Klo ada botten 'like'...nak like byk kali. Saya pon bersyukur dgn apa yg saya ada skang nih.

    ReplyDelete
  5. farah/yatie/wani/apak & fiza: nilah reality kehidupan.kisah benar idup saya :) asyik bandingkan kelemahan & kekurangan diri dgn org lain terus lalai. sy lebih buka mata & lebih bersyukur skrg

    apak:ye ye sy bersyukur sy dah ada ipad.tp org hadiahkan lah apak oiii :)

    ReplyDelete
  6. very well said. yessss, sy bersyukur dgn apa yg sy ada juga. Allah itu Maha Adil. percaya pada Allah, yakin n think positive.. semuanya pasti okay & cukup. bersederhana paling penting. LIKE LIKE LIKE LIKE LIKE LIKE LIKEEEE entry ni. ;p

    ReplyDelete
  7. salute kat husband u. Saya dalam pantang (walau cesar), saya yang berlari2, mandikan anak, masak, kadang2 drive pegi kedai mamak tapau makanan. Tapi masih jugak hubby saya tetap yg terbaik utk saya. Hargai apa yg kita ada. Allah tau apa yg terbaik utk kita.

    ReplyDelete
  8. ;) nice entry.. setiap manusia punya kekurangan dan kelebihannya.. saya juga bersyukur dengan apa yg ada dalam kehidupan saya.. ;)

    ReplyDelete
  9. salam kenal. suka entry ni, sbb kdg2 berkali2 dlm sehari saya compare diri ngan polan A-Z mcm ni. tp entry ni sket sbyk menyedarkan saya balik, yg bykkkkk patut saya bersyukur pon.

    ReplyDelete