Friday, November 4, 2011

Milestone Airis

Salah aku tak update milestone Airis. Sorry sayang, mama asyik lupa je every month.ni dah almost 5m+ baru terhegeh nak update. So aku update semua sekali jerlah secara random....


~ Airis suka sangat makan jari.Kalau boleh nak masukkan semua jari dalam mulut. Berusaha bersungguh tu.Jadi akulah tukang sorak


~ Airis dah pandai "bunyik". Maybe Airis dah dapat dengar kelunakan suara sendiri bila menjerit. So, sekarang bila boring dia akan menjerit2 sampai sakit tekak pastu ehem ehem sendiri which buat Babah marah ;)

~ Frankly speaking, Airis adalah easy baby.Alhamdulillah. Tak banyak ragam except nak susu,itupun bunyik sikit je.Kalau dah letih sgt tp mata tak boleh tido barulah merengek.lain dia akan main2 sendiri,guling sendiri. Tapi bila nak tido tu kena dukung sekejap..baru boleh tido.

~ Tak suka mandi air sejuk.mau airis menjerit satu taman dengar.masa balik kuala lipis umah moyang je test sbb aku malas nak jerang air.itu pun menjerit tak ingat.okeh...sorry no more cold water baby!

~ secara kasarnya, airis tak suka lelaki agah2, pegang dia except Babah, Adam n cousy dia. kalau adult even my father or my FIL pun dia menjerit. Owh especially berjambang2 n specky

~ airis ada satu favourite since umur 2m, iaitu berdiri.maka mama & babah airis ni terpaksa bergilir nak berdirikan dia.bangun pagi2 nak berdiri.mau tak lebam mata kitaorg. Airis cepat boring kalau baring dia lama2 kecuali dia tidolah ;) but alhamudulillah kaki dia mmg kuat dah masa 2 bulan tu jadik layan sajelah

~ since dalam pantang sampai sekarang airis tido meniarap.so dia mmg tak terkejut2 masa tido. Adam kan selalu buat bising thats the best way bg dia tido nyenyak. i know some mummy out there tak berani.tapi aku n hub mmg monitor since dia dalam pantang.korang jgnlah tido mati, kena tgk2 jugak.



~ maybe sebab tido meniarap n airis kena selalu movekan kepala dia, leher airis pun cepat kuat ( aku rasalah) tak silap aku masa umur 2 bulan dah boleh mendongak.

~ airis dah boleh pusingkan badan sendiri masa umur 3m+ nampak mcm berat je punggung tu bila nak pusingkan badan.

~ early oct before aku admitted, dia dah boleh bergerak ke depan. Angkat punggung tinggi2 mcm orn nak start pecut 100m then ke depan.risau jugak tersembam ke depan.penyek pulak muka nanti. Dia buat slow2 n again mmg dia tak ade bunyik. Boleh tahan penyabar. Adam umpan dia ngan toys. Semangat Adam sorak untuk adik dia. Sekarang? Lajuuuu tak ingat!

~ airis memang rapat dengan adam. Adam pun suka melayan adik dia walaupun kasar sikitlah. Kena monitor jugak si adam tu. Dia suka guling2 ngan adam bila adam main psp, main nitendo...macam paham ;)

~ suka main talking bunny kat ipad. Tulah umpan bila nak buat apa2. Aku nak mandi je umpan talking bunny.tapi takleh lamalah.dia tak pandai nak touch apa yg patut.paling kuat dia tab2 kat bunny tu.then air liur penuhlah kat screen ;)

~ lepas raya hari tu, ebm stock mmg low lah dengan aku stuck with a lots of appointment kat luar sampai tak dan nak pump. Production mmg low sedey gile ok. End end of sept getting better tp bila admitted with medicine low balik. Masa admitted mmg ebm abes langsung & hub decide to opt with FM. Sedey tau :( Soo, now aku campur lah susu with Nan 1 Pro tu. Dulu pun adam guna susu tu sampai umur 3 tahun. Itu jerlah susu yg aku tahu untuk baby.lain aku x penah try. So malas nak cuba2.alhamdulillah, no problem with FM. Takde allergies, tak sembelit...semua ok.

~ mmg sedih tak dapat breastfeed airis exclusively for 6 month.tp nak wat camne, dah aku admitted, ebm abes...but aku masih bf dia sekarang.FM hanya 1 kali sehari thats the rule ;) lagipun airis takkan tido lena kalau tak dpt direct dr aku. meragam nak tido especially bila dia nampak mama dia ;)

~ aku mmg takleh biarkan airis sorang2 bila dia awake sbb cepat sangat bergerak.dr ujung tilam ke ujung tilam.sungguh bahaya! Penah sekali,tgk kat sebelah takde tp rupanya dah kat bawah. Sib baik aku pakai tilam jer vono tebal tu je. Takkan ada kes jatuh katil ;)

~ Owh ya, airis tido ngan aku. Aku tak sampai hati nak tidokan dia kat baby cot sendiri2. Silap hari bulan aku sekali tido kat baby cot tu ;) ada jugak yg bising2 suruh asingkan tido. Tapi ermmm..aku tak sampai hati okeh.

~ airis kalau nangis mesti sebut "mam mam mam ma" maybe maksud dia "mama nak susu nak susu" ;) hehehe aku translate sendiri ;) berbunga2 aku bila dengar dia sebut "ma" dengan my hub. Tp entah betul dia sebut "ma" tu tuk aku, ke aku je perasan syiok sendiri ;)

~ airis suka mengigit.aku pasti dia belum ada gigi lg tapi bila tgh bf dia gigit, aku mmg kluar airmata. Dia ketap tak hengat...tak lepas2. Menangislah dia tak pedulik ;) buat muka tak reti ;)

~ suka bergurau dengan babah & abang dia. Kalau nak adam, dia nak makan2 adam ;) genggam rambut adam sampai menangislah adam sampai merajuk.tp dia tak marah adik dia. Bila tanya, nape tak marah adik. Dia jawab " airis kan adik abang.abg sayang adik abg tu.abg tak nak marah dia" cuba org lain yg buat mau ko kena sedebik ;)

~ adam selalu berborak ngan airis. Dia tanya adik dia, adik dia sengih.then dia tolong jawabkan utk adik dia sendiri. Contohnya:-

adam: airis nak toys tak? Nak pg mid valley ke klcc ?
Airis: diam je sambil tersengih2
Adam: nakkkkk? Okeh abg ckp kat mama yer
Adam:mama adik nak toys...adik nak pg mid valley dia kata
Aku: mana abg tau? Sambil nengok kat airis
Adam:airis ckp kat abg tadi...dia borak2 ngan abg
Aku: ermmm yelah tuuuu
Airis: sengih lagi

~ tak penah kembung perut so far.maybe sbb tido meniarap.angin tak masuk kot. Penah sekali makcik aku test power tido telentang sbb dia risau airis tido meniarap.Amik ko, ngan takleh tidonya,ngan kembungnya. Pastu makcik aku mmg tak berani nak bg airis tido telentang lg.

~ tak penah muak susu. Aku pun tak tau org panggil ape? Alah lepas menyusu mesti muntah.kluar semua susu tu. Jadik idaklah dia masam bau susu ;) Hehehe...dia menghargai susu aku tu ;)

~ minyak yuyi adalah best friend dia. Eh bf aku jugak ;) aku suka bau minuyak yuyi ni. Owh ye, ingat tak dulu aku penah post pasal airis eczema? Kena pakai sabun cetaphyil tu.sekarang dah tak pakai dah.skin dia dah ok.nasib baik bukan major eczema.alhamdulillah. Aku dah start guna sabun baby biasa.

~ setiap kali kena inject mesti menangis.baby girl kot.abg dia tak nangis pun dulu. Tp both baby tak demam lepas jab.alhamdulillah..



~ Mata kiri airis sepet sketlah.Aku risau ok. Hari tu masa cukur jambul dah ok dah. Pastu dia sepet balik.aku pun tak paham kenapa. Makcik aku ckp maybe sebab tido meniarap muka kan tersembam kat tilam.next week aku nak pg paed lah. Harap2 takde apa2

Oklah..aku dah tak ingat dah apa lagi.nanti aku update lagik ek

Tata

- Posted using BlogPress from my iPad

2 comments:

  1. Tu dia...5 bulan nyer milestone ☺☺

    Tembam airis.

    ReplyDelete
  2. so fast..dah 5mths, she`s cute :)

    ReplyDelete