Cantik? Menarik? Ini adalah kotak tisu
Kleenex® edisi terhad yang berada di pasaran sempena kempen baru dan inovatif dari
Kleenex® iaitu Share The Softness. Pek edisi terhad ini mempunyai corak berilhamkan alam semulajadi dan bunga-bungaan. Pelbagai siri corak flora yang menggabungkan bunga yang digubah dalam cara moden yang berwarna segar untuk menonjolkan kelembutan, keanggunan dan kesegaran.
Melalui kempen baru ini, Kleenex® menjemput semua rakyat Malaysia untuk berkongsi nikmat
kelembutan yang unik ini bersama keluarga dan rakan-rakan. Menurut Encik Sumeet Parab, Pengurus Pemasaran Kimberly-Clark Malaysia, “Kleenex® adalah jenama yang dipercayai oleh rakyat Malaysia untuk kelembutan
dan kualitinya yang tiada tandingan. Kami percaya ia sesuatu yang berharga
untuk dikongsi bersama mereka yang disayangi. Yang tersayang seharusnya mendapat
yang terbaik dan berkongsi kelembutan Kleenex® ini menunjukkan bahawa anda
menghargai mereka.”
Kelembutan Kleenex® perlu dirasai sendiri dan kempen Share the Softness membantu kita menyebarkan
pesanan tersebut. Kempen ini direka dengan ciri-ciri interaktif untuk menarik minat
rakyat Malaysia dari semua peringkat usia melalui pelbagai saluran, terutamanya
melalui media sosial, dalam talian dan juga secara terus serta melalui platform
penyiaran dan media cetak.
Berkongsi melalui Media Sosial
Melalui ruang peminat Facebook Kleenex®Malaysia, selain dapat memesan pek Share terdapat juga aktiviti dalam talian interaktif yang lain seperti
ruangan istimewa di mana peminat dapat berkongsi pendapat mengenai topik
mingguan tertentu termasuk topik berkenaan
jenama dan produk.
Sepanjang tahun, anda juga berpeluang mengambil bahagian dalam peraduan yang akan bermula dengan Peraduan Kleenex® Moments pada bulan Mei yang menawarkan hadiah wang tunai bernilai RM14,500 dan produk Kleenex®. Selain itu, ruang peminat akan menjadi sumber maklumat kerana ahli akan menerima beberapa siri idea aktiviti keibubapaan dan kekeluargaan serta sentiasa dibekalkan dengan maklumat terkini.
Berkongsi dengan mereka yang kurang bernasib baik
Kempen Kleenex® Share the Softness tidak
hanya menawarkan ganjaran kepada pengguna dan orang kesayangan mereka tetapi
juga membantu golongan kurang bernasib baik. Setiap
penyertaan dalam peraduan Facebook Kleenex® Moments, Kleenex® akan menderma satu
pek tisu kepada pertubuhan kemasyarakatan.
Berkongsi secara terus
Di kedai-kedai utama seluruh negara, Kleenex® memperkenalkan pek
istimewa dalam lima set Kleenex® Share pada
harga runcit RM12.60 supaya anda dapat membeli 4 dan mendapat pek tambahan
untuk dikongsi bersama mereka yang disayangi. Pelanggan dapat
mengumpul setiap corak kerana ia akan bertukar corak setiap 4 bulan.Share bundle didapati dalam pek
edisi terhad.
“Setiap orang memerlukan kelembutan dalam hidup
mereka, samada ia dalam bentuk kata-kata lembut sebagai motivasi atau tanda
kasih sayang dari orang tersayang,” kata Encik Sumeet Parab. Bagaimana anda berkongsi nikmat kelembutan tisu Kleenex® ini ?
No comments:
Post a Comment