Theme : Hello Kitty
Date 12/5/2012 (Sat)
Venue : Our Home
Finally we all buat Birthday Party Airis kat rumah juga. Memikirkan we all jemput neighbour satu taman, sedara mara lagi. Mau banyak masalahnya nanti kalau buat kat tempat lain.At least we all dapat buat Bacaan Yaasin & Doa Selamat as usual every year.
Mula2 takdelah nak ber"theme" ni. Tetiba terpikir about Hello Kitty sebab Airis suka sangat dengan Cat. Soo, Hello Kitty yang paling sesuai & we managed to find Hello Kitty Balloon as a gift untuk kids. Aku belikan tutu Airis tu sampai dua ok. Satu beli kat COK tp pinngang anak dara slim sangat, asyik londeh.Maka return balik. last-last beli kat bazar The Curve. Bajet nanti dia berjalan2lah. Tapi harapan tinggal harapan, dia asyik berkepit ngan makcik aku 24jam tak nak orang lain langsung. Semua orang dah balik barulah tergedik2 berjalan tayang skirt tutu yang kembang semangkuk tu :)dalam bilik lah..geram geram
Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar & seperti yang diharapkan. Aku puas hati dengan makanan this year compared masa last year aku buat Birthday Adam & Cukur Jambul Airis tu. Makanan masa tu adalah adalah failed buat aku menyingga dengan caterer. Makanan kali ni cukup seperti yang dijanjikan. Alhamdulillah.
Kepada yang datang terima kasih banyak untuk present/"angpow" untuk Airis. Pada jiran2 terima kasih kerana sudi datang setiap kali kami buat apa2 majlis. Peluk cium pada saudara mara yang tersayang & opismate yang cool :) Pada kawan2 twitter/blogger yang sgt sporting aku sayang korang ketat2... Aku Sekeluarga mintak maaf dengan segala kekurangan yang ada.
Yeayyyyy!!!
Airis with her pink tutu :)
Airis with my aunty, Nyanyah
Candy Bar & Photo Booth
Gigih buat sendiri Candy Bar & Photo Booth. Silalah percaya :) Poster tu design sendiri, print sendiri, tampal sendiri. Semua sendiri. Mula2 nak ada food label. Dah siap print dah pun, tapi tak sempat nak menggunting segala. Tidak ada kesabaran & kecekalan seperti Shilashower :)
Untuk Candy Bar, semua sendiri punye termasuk food tray, tissue flower yang kesemuanya beli kat Daisho & ada yang kat Ikea. Cupcake 3-tier tu beli kay Yummie Bangi. murah je, tak silap RM10.90. Candy tu semua beli kat supplier terus which is more cheaper dari beli kat Tesco/Giant/Econsave atau seangkatan dengannya. Nak outsource Candy Bar macam over price sangat. Untuk 50pax beratus kot. Beli & buat sendiri around RM100 je termasuk tray & candy untuk 150pax. Nanti, kalau rajin aku buat post pasal ni semua eh.
White Paper Bag beli kat Wakim Kg Baru & stciker Cat/Whale tu beli kat Popular.Tampal saje, senang sebab memang tau confirm malas nak menggunting & menampal :) Sayang tak de pic. Gigih okeh buat 150pcs paper bag sendiri :(
Candy Bar
Hello Kitty Balloon as a Gift :)
My DIY Photobooth
Bacaan Yaasin & Doa Selamat
Acara wajid setiap tahun.Ini adalah salah satu sebab kenapa tak nak buat kat luar :) Masa ni hujan dah reda sikit. Aku ada buat air yaasin. Beli air mineral 500ml 2 kotak. Sesapa boleh ambik, tp ada yang segan jugak nak ambil :) Ignorekan jelah rumah aku tu. Rumah kecik maka bersempit2 sikit :)
Majlis start pukul 3pm tapi tepat 3pm tulah hujan lebat selebatnya. Aku memang risau nak mati sebab takut orang tak datang. Sape nak makan weiiiii. Tapi alhamdullilah, around 3.30pm hujan berhenti.Jiran2 mula datang & bacaan yaasin & doa selamat pun mula :) Lega makkkk
Makan Time
Makanan aku order dari wife Pengerusi Taman aku. Dia siap buat lebih dari yang aku order. Aku order untuk 150pax tp dia buat untuk 200-250 pax.Sedekah katanya. Aku pakai pale & cup polisterene saja, senang nak buang. Ini pun aku dapat beli murah.Kalau yang terkurang tu aku mintak maaflah yer.
Catering :
- Nasi Goreng Cina
- Nasi Goreng Pedas
- Mee Hoon
- Air Panas & Air Cordial Sejuk
- Bubur Pulut Hitam
- Buah Tembikai
Sendiri :-
- Carbonara (100% aku buat sendiri dalam keadaan yang terkejar2)
- Mini Sausage, Crab Ball, Fish Ball, Vege Ball (makcik aku tolong beramai2)
- Agar2 Hijau (mak aku buat)
- Ice Cream Malaysia (Makcik aku supplier ice cream malaysia ni)
- Mineral Water (belilah apa lagi,aku beli direct dari kilang)
Order :-
- Roti Jala (kari adalah cair )
- Karipap
- Kuih Kacang
- Samosa
Cake Cutting Ceremony
Janganlah korang pelik kenapa ada 2 cake. Ye satu untuk Airis & satu untuk Adam. Aku malas nak melayan kang ada orang tanya seribu satu soalan. Kecik hati pulak nanti. Aku beli cake tu kat King's saje. Dah ada experience beli cake berdeko2 ni tak termakan. Beli cake ni habis licin tak membazir. Aku frust sebab gambar 1 family takda. Entah mana pegi laki aku masa ni. Frust sangat frust!!!
Kemho Kemho
Seperti biasalah. Aku yang lebih berkemho ni.Airis tak payah cerita.Mana nak kat orang. Asyik berkepit dengan makcik aku tu je.Orang nak pegang, menangis, cebik. Aku 11st hour tu ok lagi. Vogue the vass, lepas sejam dah basah lencun, makeup cair, tudung pun senget benget :) Abaikan jelah muka celebet aku tu...hahahaha...*malu malu*
My schoolmate, Azila.Dah jumpa after 14 years. Selalu kat twitter/fb saje.Dia still cantik macam dulu2 :)
Si cantik Nurul & Princess Yayang
Handsome AF & Anita
Opismate yg cool-Laila & Eve
Famous Amos Blogger, Cik Lily & Sumijelly
Fatih, Azza, Yaya, Yum & Anita-Twitter/Blogger friends yang sangat best.
Sayang korang ketat2
With Suzie..sarat masa ni but she still come. I love you!!!
Hubby & Akhbar
Yaya, Fatih, Yum, Nannoor, Azza & Anita
Present & "Angpow"
Million thanks for the present and "angpow". She had soo much fun. Hadiah setahun ni sebab dia tak reti sangat main. Tapi yang paling seronok adalah Abang Adam. Selalu celebrate birthday dia & ni first time dia celebrate birthday adik sendiri :) He keep asking "Birthday Abang August ye mama?" Adam adalah assistant terhormat tolong bukakan hadiah Airis :) Banyaknya Hello Kitty sampai tido berhimpit2 sebab Airis bawak tido :) Baju, Dress & Baju Kurung pun ada. Bajet pakai masa raya :) tapi my aunty, Nyanyah kutip semua bawak balik sambil cakap "Nyanyah basuh ye, next week Adik (Airis) boleh melawa kat rumah"
Actually, we all ada letak guest book kat meja depan tapi guest book dah tenggelam dengan hadiah sampai orang tak perasan.So 2 pages je yang bertulis :(
so sweet.. =)
ReplyDeletehappy b- day for aris :)semoga panjang umur dan murah rezeki.
ReplyDeletep/s: tak jemput your good friend yang model tu? apa ke namanya? stephanie?
YuYunz:thanks dear
ReplyDeleteAnon:buat ape? Buat rosak majlis je. Kesisn anak i ;)
Btw we all tak sediakan alkohol so mana sesuwaiii utk pompuan tu