Friday, June 1, 2012

Isu Berat Badan

Ini adalah isu berat badan aku. Habis berat badan siapa lagi ;) Lepas Airis berhenti BF masa 8 months, badan aku mula nak bagai dipam-pam dengan pump electric laki aku :) Tambahan pula dengan aktiviti makan yang sangat aktif.Aku perasan badan aku naik, tapi macam "Arhhh...pedulikkan"

Hari Khamis (31/5/2012) aku singgah Fitness Shop kat Jusco Cheras Selatan nak beli Digital Weighing Machine.Tapi mahal nak mampssss aku cancel :) Aku suruh staff kat situ timbang berat aku. Aku rasa nak pengsan taknak bangun dah.67.5kg ok!!!!! Aku dalam hati aku menyumpah2 kat weighing machine tu. Aku memang nak start consume Herbalife hari ni( (1/6/2012) so aku harap berat akan turun before puasa & during puasa berat akan turun lagi.Raya slimmmm....hah boleh???

Tadi petang aku pegi jumpa @yumyumx kat nak amik shawl voile.Bila cerita pasal berat aku 67.5kg dia tak percaya, lalu mengofferkan diri guna weighing machine dia.Sekali 67kg...ok fine kurang 0.5kg but still 67kg. Anggaplah weighing machine semalam mengalami masalah technical. Aku hampa, stress tahap langgit ke 81 sebab aku adalah OVERWEIGHT!!!!!!!!!!!!!



Weight : 67kg
Height : 163cm
BMI : 25.22
Arm : 28cm
Chest : 97cm
Waist : 93
Hips : 104
Thigh : 58cm

Aku memang nak dapatkan ideal weight aku balik. Aku target 55kg. Dulu before kawen 49kg tapi kurus kedinglah. Kang aku tak balance pulak :) So aku kena "punggah" 12kg segala lemak babat tepu ni secara sihat.


1 comment: