Friday, June 22, 2012

Kleenex® Hulurkan Bantuan Pada Hari Pembersihan Tangan Sedunia

Bagaimanakah anda membersihkan tangan anak-anak anda terutama ketika berada di luar rumah? Saya mengunakan Tisu Lembab kerana ia mudah dibawa ke mana sahaja. Sejak diperkenalkan di pasaran pada tahun lepas saya kini kekal menggunakan Tisu Lembab Pembersih Tangan Nyahkuman Kleenex® sehingga kini. Tisu Lembab ini bukan sahaja terhad untuk anak - anak saya malah ia menjadi satu keperluan bagi kami sekeluarga.


Sempena Hari Kebersihan Tangan Sedunia, Kleenex® akan mengingatkan keluarga Malaysia tentang kepentingan  menjaga kebersihan tangan mereka melalui pendidikan, aktiviti dan pada masa yang sama memperkenalkan Tisu Lembab Pembersih  Tangan Nyahkuman multipek Kleenex® bertemakan Disney!   



Kuman juga terdapat di tempat-tempat ini:

  • Alat kawalan jauh TV: Ia dipenuhi dengan kuman terutamanya jika anda sering menikmati snek di depan TV sambil menukar saluran TV ketika demam. Jangan lupa membersihkan alat kawalan jauh TV dan tangan anda semasa menonton rancangan kegemaran anda.


  • Telefon: Tempat paling sesuai untuk kuman berpindah dengan mudah dari mulut ke tangan anda dan sebaliknya. Jangan lupa untuk menyahjangkit telefon dan telefon bimbit anda dengan kerap.

  • Butang: Kita menyentuh butang setiap hari samada dalam lif, mesin layan diri / ATM / pembayaran auto, permainan arked .... semuanya tempat pengumpulan kuman dan bakteria. Bawa satu pek tisu Kleenex® bersama anda untuk membunuh 99.9% bakteria.

  • Troli membeli-belah: Disini kuman bergerak dengan mudah antara tangan, makanan dan muka. Jaga kebersihan diri anda dengan mengesat kuman dengan tisu Kleenex®. 

  • Eskalator: Tempat berpegang sentiasa disentuh oleh ramai orang yang membawa kuman dan bakteria. Pertahankan diri anda secara berkesan dengan tisu Kleenex®.  

  • Papan kekunci komputer: Tangan yang kotor dan cebisan makanan yang jatuh di celah kekunci menjadikan papan kekunci anda sarang kuman.

  • Wang: Wang kertas dan duit syiling telah melalui pelbagai tempat kotor sebelum ia sampai kepada anda. Kesat tangan anda (selepas memegang wang) terutamanya sebelum makan dengan tangan atau sebelum menyentuh mana-mana bahagian muka anda. 




Bermula Mei ini, rakyat Malaysia akan berpeluang merasai kuasa pembersihan Tisu Lembab Pembersih Tangan Nyahkuman Kleenex® di kawasan terpilih di Lembah Klang di mana krew Kleenex® Wipes akan menerangkan kepentingan menjaga kebersihan tangan. Anda juga boleh mendapatkan Kleenex® Wipes pada harga istimewa serta bahan pendidikan yang dapat dikongsikan bersama teman-teman dan ahli keluarga.    


Tisu Lembab Pembersih Tangan Nyahkuman Kleenex® bertemakan Disney (dalam bungkusan tiga pek) berharga RM6.90.  Hanya didapati untuk masa terhad, Kleenex® juga memberikan buku aktiviti dan botol minuman kanak-kanak yang menarik untuk setiap pembelian.


Untuk mendapatkan maklumat terkini dan mengetahui lebih lanjut tentang produk dan cara mengekalkan kebersihan tangan kita, sertai perbincangan dan aktiviti  menarik dan jadilah peminat pergerakan perkongsian Kleenex  Malaysia di http://www.facebook.com/Kleenex.Malaysia, atau hubungi  Talian Khidmat Pengguna Kimberly-Clark di 1-800-82-1188 (bebas-tol) pada hari bekerja dari 9 pagi ke 5 petang.  

No comments:

Post a Comment