Tuesday, March 5, 2013

Huggies Dry Pants : Tukarlah Untuk Lebih Senang Dipakai!

Terdapat pelbagai jenis jenama lampin pakai buang di pasaran. Sebagai ibu, pening juga kepala saya bila ingin membeli yang mana paling sesuai untuk Airis. Saya telah mencuba pelbagai jenama sepanjang 5bulan pertama kelahirannya.

Bila anda memilih lampin pakai buang apakah kriteria utama anda? Saya sangat mementingkan keselesaan Airis. Bila nak cuba lampin pakai buang yang baru, macam-macam persoalan yang berlegar. Senang nak pakai ke? Selesa atau tidak? Sesuai ke dengan kulit Airis, kalau kena ruam lampin macam mana? Senang bocor ke?



Setelah mencuba pelbagai jenis jenama lampin pakai buang, saya telah memilih Huggies Dry Pants untuk Airis. Kenapa saya pilih Huggies Dry Pants? Ini kerana Huggies Dry Pants memenuhi kriteria utama saya!


1.Jahitan Tepi Mudah Koyak
Senang bila nak tukar lampin pakai buang. Jahitan tepi pada Huggies Dry Pants senang nak koyak. Tak perlu tenaga yang kuat berbanding dengan jenama lain susah nak koyak sampai sakit jari saya. Lepas buka pakaian Airis terus koyak Huggies Dry Pants.
2.Sarungkan seperti seluar dalam
Huggies Dry Pants mudah dipakai macam pakai seluar dalam. Yang paling best, bahagian depan ataupun belakang adalah sama. Jadi senanglah bila saya nak sarungkan Huggies Dry Pants pada Airis.  KOYAK, SALIN dan LEPAS. Senangkan? Tak perlu nak pastikan yang mana depan, mana yang belakang. Dalam gelap pun boleh sarungkan Huggies Dry Pants.


3.Dibukti secara klinikal untuk menolong mencegah ruam lampin.
Huggies Dry Pants adalah jenama lampin bayi pakai buang pertama Malaysia yang terbukti secara klinikal dapat membantu menghalang ruam lampin. Ini memang terbukti kerana sejak mengunakan Huggies Dry Pants, Airis tidak pernah dijangkiti ruam lampin. Saya sangat gembira!



4.Penghalang Kebocoran Berganda
Tiada lagi leaking pada celah peha bila Airis bergerak aktif atau masa tidur. Sebelum bertukar kepada Huggies Dry Pants, tilam Airis selalu basah walaupun lampin pakai buangnya baru ditukar. Kalau waktu siang pula, tepi seluar Airis basah sebab dia aktif sangat.

5.Sistem Cepat Memerangkap Cecair Segera
Lapisan cepat kering yang ada pada Huggies Dry Pants menyerap dan mengunci cecair di lapisan dalaman supaya kulit bayi sentiasa kering.

6.Bahagian Tepi Yang Elastic dan Lembut
Saya tidak perlu risau lagi dengan kesan melecet atau merah pada kulit Airis terutamanya di bahagian pinggang. Walaupun bahagian tepinya yang elastic dan lembut, Huggies Dry Pants tidak mudah tanggal berbanding jenama lain wlaupun Airis bergerak aktif. Berdasarkan pemerhatian saya, jenama lain lebih keras dan tidak elastic yang boleh menyebabkan kulit bayi yang lembut senang melecet.

7.Lapisan Luar Beraliran Udara 100%
Huggies Dry Pants mengalirkan udara 10x lebih cepat supaya kulit bayi kekal kering.

Lepas mandi ataupun bila ingin menukar lampin pakai buang yang kotor saya memang menghadapi masalah untuk memakai lampin pakai buang yang baru. Airis mula belajar berjalan seawal umur 8 bulan. Cuba anda bayangkan keadaan saya yang terpaksa mengejar Airis yang sedang ligat ketika itu. Dengan lampin pakai buang konvensional, kadang kala saya memerlukan 15 minit untuk memujuk Airis. Pelbagai cara saya gunakan untuk menarik perhatiannya, kadang kala tidak berjaya juga. Masa saya banyak terbuang begitu sahaja. Setelah mengunakan Huggies Dry Pants, semua ini bukan lagi menjadi satu masalah. Menukar lampin pakai buang menjadi sungguh mudah dengan hanya KOYAK, SALIN dan LEPAS. Airis juga boleh memakai sendiri Huggies Dry Pants. Comelkan?
 

Berdasarkan pengalaman saya selama 16 bulan menggunakan Huggies Dry Pants, saya sangat berpuas hati. Sebab itu saya sarankan kepada ibubapa di luar sana bertukar kepada Huggies Dry Pants. Huggies Dry Pants sangat senang untuk dipakai hanya KOYAK, SALIN dan LEPAS. Suami saya sendiri mampu menukar lampin pakai buang Airis dalam masa kurang daripada 13 saat! Cepatkan? Kenapa masih perlu mengunakan lampin pakai buang cara konvensional jika ada alternatif lain yang lebih mudah dengan harga mampu beli? Jadi, tukarlah sekarang juga!

Kepada sesiapa yang ingin mendapatkan sampel Huggies Dry Pants sila layari http://www.huggies.com.my/huggies-community/request-a-sample.aspx  ataupun anda boleh klik gambar di bawah. Di sini anda boleh mendapatkan sampel yang sesuai untuk si manja kesayangan anda. Yang paling penting, ianya adalah PERCUMA. Jangan lepaskan peluang ini!

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh layari www.huggies.com.my ataupun "LIKE" Huggies Facebook Page www.facebook.com/Huggies.Malaysia untuk promosi terbaru, peraduan dan pelbagai informasi terkini.

3 comments:

  1. info nya sangat bermanfaat salam kenal ^_^

    ReplyDelete
  2. Anak2 buah sekarang ni dah bertukar ke huggies pants. Sejak dapat offer murah RM20-26/pek, dah tak beli diapers tape lagi. Anak2 buah pun selesa boleh pakai sendiri.

    ReplyDelete