Saturday, March 2, 2013

Airis Menang "Sesi Cabaran Tukar Lampin 30 Saat Huggies"

Excited sangat nak bawa Airis & Adam ke Roadshow Huggies Dry Pants. Lepas habis kerja, kami sekeluarga ke Mydin USJ. Kawasan ruang legar Mydin USJ sangat meriah dan riuh rendah dengan kehadiran ramai kanak-kanak yang bergembira. Terdapat juga jualan Huggies Dry Pants dan Huggies Dry yang harganya lebih murah di pasaran. Saya juga tidak melepaskan peluang membeli 2 pek Huggies Dry Pants untuk kegunaan Airis. Airis memang guna Huggies Dry Pants sejak berumur 6 bulan lagi.


 Lebih murah.

2 pek Huggies Dry Pants untuk Airis 

Seronoknya Airis main atas stage.

Badut dan belon percuma untuk kanak-kanak.

 Adam pun nak cuba juga.

 Sampel dan hadiah percuma.

Saya juga tidak melepaskan peluang mencuba nasib dalam Sesi Cabaran Tukar Lampin 30 Saat Huggies. Saja suka-suka, manalah tahu kalau ada rezeki. Tapi jangan terkejut, sebab bukan saya yang tukar lampin tu tau.


Yeahhhh, inilah orangnya. Lelaki tunggal dalam sesi cabaran hari itu. Suami saya memang lebih layak, sebab dia selalu tukar lampin Airis. Bab tukar lampin, memang suami saya terror. Dia memang boleh control Airis.  Dan paling tak sangka, kami menang! 12.31 saat tapi tak dapat masuk final sebab sesi lain ada orang lebih pantas. Kami dapat RM50 voucher.Alhamdulillah.




Happynya anak beranak ni bila menang. Airis as usual nak buat "peace" tapi laju sangat tak sempat nak capture. Proud of you sayang. Airis behave sangat hari tu.


Terima kasih pada Huggies 

1 comment:

  1. Terrer ah!!!
    Tahniah babe =)Boleh ke final tak?

    ReplyDelete