Friday, March 1, 2013

Jom ke Roadshow Huggies Dry Pants ‘Tukarlah Untuk Lebih Senang Dipakai’ Di Mydin USJ!

Sudahkah anda mempunyai rancangan bersama keluarga tersayang hujung minggu ini? Apa kata kalau anda bawa seisi keluarga  ke Mydin USJ untuk roadshow “Huggies Tukarlah untuk Lebih Senang Dipakai” yang berlangsung dari 25 Februari 2013 (Isnin) hingga 3 Mac 2013 (Ahad).



Terdapat pelbagai aktiviti yang menarik dan sesuai untuk seisi keluarga di roadshow ini contohnya persembahan, promosi hebat, hadiah percuma, permainan dan pertunjukan silap mata yang bakal memeriahkan hari anda keluarga. Yang pasti anda seisi keluarga tidak akan bosan.




Bagi yang mempunyai anak yang masih mengunakan lampin pakai buang, jangan lupa singgah di booth Huggies untuk mendapatkan sampel percuma Huggies Dry Pants. Padan sesiapa yang masih tidak yakin dengan Huggies Dry Pants inilah masa yang sesuai untuk anda mencuba lampin pakai buang ini. Saya jamin anda tidak akan menyesal kerana anak saya, Airis adalah pengguna Huggies Dry Pants sejak berumur 6 bulan dan saya ibu yang sangat berpuas hati dengan lampin pakai buang ini!


Jika anda ingin mencuba nasib dan memenangi hadiah yang menarik, anda juga boleh menyertai Sesi Cabaran Tukar Lampin 30 Saat Huggies bersama si manja anda. Tentu seronokkan? Jadi jangan lepaskan peluang ini ok. Tidak sabar nak bawak Airis ke roadshow ini!

Lokasi : Ruang Legar, Mydin USJ

Tarikh : Setiap hari dari 25 Februari 2013 (Isnin) hingga 3 Mac 2013 (Ahad)

Waktu : 10.30 pagi, 2.00 petang dan 8.00 malam.


Acara penutup pula akan berlangsung pada 3 Mac 2013 (Ahad) dari 8 malam hingga 9 malam. Jangan lupa !

Mengenai Huggies Dry Pants


Huggies Dry Pants ialah pilihan yang mudah digunakan untuk bayi dan kanak-kanak yang aktif – setelah anda mencubanya, anda pasti tertarik dengan betapa mudah untuk menukarnya iaitu hanya dengan koyak, salin dan lepas! Dengan peregang lembut di bahagian tepi memberikan lebih keselesaan dan membantu menghalang kesan merah walaupaun semasa bayi anda sedang bergerak dan sistem pengunci untuk menghalang kebocoran. Tambahan pula, Huggies adalah jenama lampin bayi pakai buang pertama Malaysia yang terbukti secara klinikal dapat membantu menghalang ruam lampin!



Mengenai Huggies®

Huggies® ialah salah satu jenama penjagaan bayi dan kanak-kanak terkemuka di Malaysia. Ia membekalkan pelbagai rangkaian lampin pakai buang dan lampin seluar kepada ibu dan bayi untuk membantu mengekalkan kulit yang sihat dan membuatkan bayi sentiasa gembira. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.huggies.com.my atau www.facebook.com/Huggies.Malaysia

No comments:

Post a Comment