Kalau ikut ittinerary memang kena keluar around 9am tapi biasalah kalau bawak anak2 memang mersti terbabas. Bermula aktiviti untuk 2nd day. Sebab nak merasa suasana HK ni maka kami pegi MTR Mong Kok jalan kaki ye. Dalam 10 min jugaklah.Semua orang kat sana jln laju2.Dah biasa kot.Aku yg tak biasa jln2 kat mall tu biasalah :)
Muka happy je, yelah masik awalkan...
Entah ape pesen, anak beranak pose tak pandang camera...
1.CityGate Outlet, Tung Chung
Seriously, my Hong Kong trip ni bukan lah shopping trip. I don't have any plans nak beli apa2.Citygate ni lebih kurang JPO je kot.Nyesal lak aku datang sini. Sapa nak shopping oklah datang sini. Dah naik MTR kena jalan jauh, tukar train lg...Ish nyesal. Ape kejadahnya aku datang sini entah.Maybe sebab aku tak shopping kot. Dari CityGate kitaorg pegi Harbour City. Adam dah tak sabar2 nak pg sana.Journey dari MTR Tung Chung ke MTR Tsim Sha Shui makan masa dalam 40 mins. Lama okeh lamaaa...
2.Harbout City
Hujan renyai sepanjang aku kat sana. So, agak limited jugak nak berjalan pun. Dari MTR Tsim Sha Shui ke Harbour City kena jalan kaki dalam 10 min jugaklah plus kitaorg ni main hentam je.Pastu bila tak jumpa lift jenuh hangkut stroller naik tangga. Sampai Harbour City aku tarik napas legalah. At least sampai jugak sebab Adam dah berzikir kat telinga kitaorg "bila nak sampai... bila nak sampai!"
Adam memang kalau suruh pose cengginilah gayanye :)
Blurrr...kiri ke kanan??
Finally sampai jugak. Syurga shopping buat org yg bawak duit berkepuk2 :)
Harbour City..Finally!!!
Tapi kelegaan aku tu taklah lama mana. Punyalah besar Harbour City. Nak pegi Toy's R Us je kot.Tanya kat Customer Service direction tapi sepatah haram aku tak paham English dia. Macam ayam ckp ngan itik aku.Aku memang dah fed-up dah.Kaki aku rasa tebal nak pijak lantai tapi aku gagah jugak sebab Adam ni. Airis? Dia tido bangun tido bangun. Apa ada hal...dia dok dalam stroller je. Boring mintak dukung, boring letak kat stroller.
View dari Smoking Area kat Harbour City
Orang paling gembira!!
Mari pilih toyssss
Toys kat sini jauh lebih murah dari KL punye Toy's R Us. Kita orang abes dalam HKD1,000/RM400 tapi kalau kat KL aku rasa dalam RM650 jugaklah.Save banyaklah.BTW, Baby Room kat sini besar, best & bersih. Siap ada bottle warmer lagi.Bolehlah berehat sekejap sementara Airis minum susu.
Adam punya toys, Airis teddy bear tulah yg paling besar.
3.Avenue of Star
Dari Harbour City aku memang bajet nak naik teksi je. Gila apa nak kendong toys penuh kat stroller jalan kaki jauh2. Tp bila aku tanya Customer Service dia kata " Very very nearrrr, no need taxi" Okeh aku decide jalan kakilah.Kata very very near kan. Tapi aku rasa nak pegi balik kat Customer Service tu pastu suruh dia urut kaki aku yang rasa nak tercabut tu. "Very very near" apa kejadahnya....jauhhhhhh okeh. Kitaorg rasa jalan tu tak sampai2. Aku dah ajak laki aku balik dah. Dah tak larat nak menapak jejauh.Kenang nak jumpa Jet Li je laki aku gagahkan tu :)
Kesian....
Satu-satu gambar tuan punye blog bersama lakinya. Adam tak nak tolong amik :(
Muka dah malas nak layan sebab letih
4.Ladies Market
Kitaorg dari MTR East Tsim Sha Shui naik train sampai ke MTR Mongkok. Sebelum balik hotel, kami menyinggah dulu ke Ladies Market. Yeee....walaupun kaki dah letih tapi masih nak menyinggah. Hujan renyai2 tp taklah basah sangat pun. Korang bayangkanlah keadaan kitaorg yg sarat dgn toys Adam tu menempuh Ladies Market u mcm mana. Tambahan pulak brg yg dibeli kat Ladies Market. Bayangkannnnnn...Bila time nak balik, aku malas dah nak godek maps. Letih dah so bajet balik nak naik teksi je. Tp satu teksi pun taknak stop maybe sebab kitaorg ni sarat dgn barang kot. Aku memang dah flat dah sampai hilang sabar. Pendekkan cerita kitaorg sesat barat okeh tp gagahkan jugak jalan balik ke hotel berkat suami tanya2 org sekeliling. Aku?? Tak bersuara dah. Adam? Kesiannn...tp dia kuat semangat. Airis? Anak dara tu tido baekkkk punya kat stroller. Laki aku? Hero kamilah utk malam itu.
Sampai hotel, makan nasi lauk rendang, tempe ikan bilik ulam lada hijau yg makcik & mak aku tapaukan. Adam makan telur rebus yg aku bawak 10 bijik (aku bajet tahan 3 hari) dengan kicap. Ye, aku bawak rice cooker okeh sebab anak bujang aku sorang tu mana mkn makanan lain selain nasi putih, kicap & telur.Gigih aku bawak rice cooker bagai pegi HK sebab tu luggage besar ade dua!!
Malam tu aku urut kaki sorang2 termasuklah Airis :) Paling kesian Adamlah. Tido nyenyak sungguh.Aku?? Letih2 pun nak kena jugak buat keje jugak nak prepare utk esoknya pulak.
hai. salam kenal.
ReplyDeletei nk g hk lg 3 mgu. bolah lah copy info serba sdikit :)
cant wait !...
bestnya!.. i pon dah masuk 2 anak ni tercari2 lagi destinasi nk bercuti.. hehehe 2013 maybe..;)
ReplyDelete